♥ ♥ ini geng mafia hifaz ♥ ♥

Showing posts with label hifaz_phat ~ buah fikiran. Show all posts
Showing posts with label hifaz_phat ~ buah fikiran. Show all posts

Friday, June 3, 2011

:: Di Saat Orang Tergilakan Seth Tan.. Aku Membenci Watak Seth Tan Itu ::

Salam...

Oh demam Seth Tan kan skang?
Kl kat facebook tu duk kemaruk nak husband macam Seth Tan je.

Ape kes korang ni??????
**bace ngan nada xpuas hati
Ingin ku membuat pengakuan di sini...

Aku tak suke Seth Tan!!
**mesti ramai x suke aku kot pasni..gagagagaga

Kenapa aku tak suke Seth Tan?

1. Name pun dah dekat2 ngan Setan. Camner nak suke. hahahahhaa

2. Sebab dier perogol. Hei ape kes semua org agung2kan perogol ni? Tak faham tak faham!!!! **bace ngan nada emo sampai nak ketuk kepala kat dinding**

3. Dia jahat!!!!  Dah 2 kali kot dier musnahkan hidup pompuan tu!!! Dier rosakkan hidup & maruah pompuan tu di saat dia rogol pompuan tu dulu! Pastu dier rosakkan hubungan pompuan tu ngan tunangnyer. 2 kali hokey 2 kali!!! Oh jahatnyer kamooo!! **nyanyi lagu Stacy.  Dah tu xpergi pun perbetulkan keadaan padahal dier yg sebabkan pertunangan tu putus. Oh sangat tak suke care dier dapat pompuan tu.

4. Dia tak jujur! Tak jujur korang sedar tak? Tolonglah sedar dari mimpi! Seth Tan tak jujur! Kl dier jujur, dier bagitau pompuan tu dier yg rogol pompuan tuh. Korang nak ke kawen ngan org yg merogol korang? Orang yg hancurkan maruah korg? Yg hancurkan masa depan korang?????? NOOOOOO!!!!!

Dan bukan watak tu je..ade lagi babak2 yang aku tak puas hati ngan cite ni.

1. Perasan tak Elena tu kl dr KL balik ke kg amboi sopan pakai baju kurung. **sopan la gak kn. aku jarang pakai baju kurung ni -___-". Tapi bile dr kg balik ke KL. phewwwiiitttt hot. Mini skirt awwww. Apekah yang cube ditonjolkan? Lu fikirlah sendiri. ----> yg ni adik aku yg perasan. dier bgtau aku.

2. "Takpe.. bab agama kite boleh fikir/ajar kemudian". Lebih kurang dialog family Elena bile Setan ooppps Seth Tan masuk jarum. Watde cheesecake? Pilihlah seorang lelaki kerana agama yang ada padanya. Renung2kan dan selamat beramal.

3. Giler cheese citer. Aku igtkn duk kalut2 takut malu wedding tak jadi tu dah nak masuk seminggu. Ropenyer baru 3 ari! Cheese cheese cheese!! Baru nak kesian kat Elena nak phm situasi dier tp pastu.Tak jadi nak kesian.

Dah2... taknak cakap banyak2..takut kna serang.
Tapi diakui la.. sebagai seorang Suami, dia seorang yang romantis, caring n so on.. **tipikal watak novel~
Tapi saye tetap xberapa suke watak itu.

Tapi tak suke tak suke pun..
Melekat gak kan mung Pjah kat tv.
"Alamak Setan main doh Setan main doh"
Kikiki.

p/s:  aku salu tak suke ape yg org lain giler2 suke. KAH KAH KAH.

p/s/s: sila bace post ini dengan santai. jgn emo2 ye. :D

nah ambik!
www.tips-fb.com

Monday, May 2, 2011

~ Kenapa Perempuan Tak Pandai Masak? ~

Salam..

Perempuan sekarang makin ramai yang pandai masak ke makin tak pandai masak ek?
Ade yang kate ramai yang xpandai masak sebab selalu makan kat luar..
Ade yang cakap ramai pandai masak sebab senang nak dapat resepi..
Mane satu yang betul ni??

Ok.. ni pendapat aku kenapa perempuan tak pandai memasak.

1. Sekolah asrama

Sekarang perempuan ramai yang mengejar pendidikan.
Tidak lagi di takuk lama iaitu perempuan tempatnya di dapur je.
Ke ade lagi camtu?
Korang ade lagi ke yg fikir camtu?
Aku konpem dah xde fikir kolot camtu.

Seawal 13 tahun kebanyakan kanak2 dah masuk asrama.
Makanan kantin yang sediakan.
Tak yah nak tolong masak ke. Tolong kupas bawang ke.
Melainkan korang menjadi mangsa buli.
Maka nya, mane lah ade kesempatan nak belajar masak kan?
Tak kan tetibe lari dari prep p kantin..

Minah: Makcik, saye nak tolong makcik masak boleh x?
Makcik Kantin : Buang tebiat ke?

Time ni mesti fikir..
"Ala mude lagi..t mesti ade peluang nak belajar masak! Yakin boleh!"
Tercapaikah impian itu?
Meh kite lihat kisah hidup Minah selepas ini~~

minah memang nerd mase sekolah. 


2. Pas SPM, eh masuk matrix plak 

Alhamdulillah after dapat result SPM yang agak ok la..
Minah berjaya menjejakkan kaki ke kolej matrikulasi..
Gembira bukan kepalang la Minah ni.
Ye la, cikgu cakap kalau dapat masuk matrix, sebelah kaki dah kt 'u'.

Macam mana plak ngan impian nak belajar masak Minah tu?

Duk kolej maknanya duk asrama la kan.
Nak masak?
Mestilah xdapat.
Nak guna alat elektrik pun setakat iron baju je dapat.
Itu pun guna senyap2.
Pasang laptop pun trus black out satu blok x cukup tenaga.
Nak masak apatah lagi.
Mau siren kebakaran terus berbunyi if masak dalam bilik.
Terkubur lagi impian Minah.
Jadi salah siapa Minah x pandai masak?
Minah kah yang bersalah atau institusi pendidikan negara yang x benarkan student masak?
Jadi bila plak Minah dapat belajar masak ni?
"Pas matrik ni mesti aku dapat belajar masak" getus hati kecil Minah

mase kat matrik.. suke betul Minah ni tido.


3. Alhamdulillah dapat masuk U.

Setelah bertungkus lumus belajar kat matrix, dapatlah Minah masuk U.
Berkobar2 Minah nak belajar masak.
Ye la, fikirnyer U ni tempat berdikari.
Mesti dier dapat masak.

Tetapi sayang seribu kali sayang..
Harapan untuk belajar memasak terkubur begitu saja.
Bukan kerana makcik kafe xnak ajar masak..
Tapi kerana polisi U student xleh masak dalam bilik.
Waima dalam blok sekalipun.
3 tahun kat dalam U..
Harapan Minah musnah lagi.
Hanya kerna U xbenarkan aktiviti masak memasak dalam blok.

"Xpe.. nnt aku keluar dari U siaplah aku belajar trus pandai kalahkan Chef Wan!" getus Minah lagi.

kat U baru leh pegang lappy.

4. Akhirnyer.. sudah bekerja

Setelah berhempas pulas pecah kepala belajar, akhirnyer Minah berjaya mendapat kerja idamannya.
Belajar memasak?
Bangun pagi, pukul 6 dah kena bertolak pergi keje.
Dah kena berhimpit di dalam komuter.
Nak masak untuk breakfast?
Mane sempat bhai!
Nasi lemak Makcik Senah je la peneman.
RM 1 je pun. 
Tak terjejas pun gaji Minah.

Belajar masak time balik keje?
Balik keje kul 5, kul 8 baru sampai kat rumah.
Duk bersesak2 lagi dalam train..
Pastu nak naik bas lagi..
Nak masak?
Penat la awok. Fikir nak tdo je ni.
Last2, Minah beli nasi goreng pataya kat kedai Pak Man Telo kat bawah apartment je.
Senang.
Balik makan, mandi solat semua, then tido.
Berulang la selama 5 hari seminggu.

"Belajar masak weekend la. Mesti xde buat ape2" bermonolog Minah di awal kejenya.

keje..dah matured dah Minah ni
5. Weekend

Minah: Eh, nak wat pe ek esok? **jumaat malam**
Sipoh : Jom p Midvalley.. de sale la.
Minah: Ha, jom2.

Begitulah minggu2 seterusnye.
Asyik keluar je..
Ye la, tak keluar kang boring plak duk umah. 

Masak?
Impian menjadi angan2 je la.
Bukan kata masak, pegang sudip pun xreti.
Periuk ngan kuali pun xleh beza.

kawan2 Minah. Jenab, Milah, Leman, Sameon.


Pas 2 tahun keje..
Akhirnyer jodoh Minah sampai.
Kahwin la Minah dengan Usop.
Barulah terhegeh2 Minah nak pegang sudip, nak bezakan kuali dengan periuk.
Kunyit, halia dan lengkuas.. tak usah cakap la.
Nasib tak tertukar dengan bawang putih je.
Kalau tak, lagi haru.
Bila Usop membebel..alasan Minah senang je..

"I masuk asrama dari kecik tau. Mane sempat nak belajar. Bukan salah I xpandai masak."

Minah ngan Usop. encem Usop walaupun name klasik.
Dun judge a book by its cover wokeeyyy~~

Jadi.. adakah salah Minah tak pandai memasak?
Atau salah institusi pendidikan yang tak benarkan pelajar memasak?
Apakah solution yang boleh diambil?
**macam soalan esei SPM plak **

Bukan nak salahkan institusi pendidikan la..
Tapi kan..
Kenapa ye student tak digalak masak?
Aku rase lagi better kl kat U boleh masak.
Sebab time ni, student paling banyak habiskan masa di U berbanding di rumah.
Jadi U adalah tempat terbaik untuk galak student masak.
Biar mereka belajar memasak sesame mereka.
Mesti nyer dorang suke masak.. yela nak jimat kan?
Ke student skang dah kaye?
Ape barang masak, order Pizza delivery la.
Baru style!

Adakah alasan Minah tak pandai masak sebab dari kecik duk asrama tu boleh diterima?
Oh tidak sama sekali.
Minah tidak boleh memberikan alasan seperti itu.
Kerna walaupun duk asrama dari kecik..
Bukankah sekolah sentiase ade cuti?
Dan bukankah Minah ade family?
Tak kan dari kecik sampai besar tak pernah masuk dapur?
Tak pernah tolong mak masak?
Mesti pernah kan?
Melainkan Minah seorang yang pemalas.

Kesimpulannya.. tiada siapa yang tak pandai memasak.
Yang menjadi persoalan adalah rajin ngan malas je.
Korang rajin tak untuk mencuba masak.
Atau malas.. fikir tangan kotor, bau busuk, kaedai lagi senang?
At least tau pegang sudip, kenal mane periuk mane kuali..
Tau bezakan kunyit, lengkuas dan halia..
Kenal bawang putih, bawang merah.
Tu dah ok dah. Tau basic dah ok.

Tak reti masak?
Buka je Pakcik Google..
Tanya je Pakcik Google..
Nak masak pe?
Goreng telur dadar?
Pakcik Google boleh ajar la kl dah xde sumber sangat.
Pergi je kat www.google.com
Pastu taip 'telur dadar' mesti kuar nyer resepi.
Pastu try je la.

So cmner?
Kenapa perempuan tak pandai masak?
Renung2kan dan selamat beramal..

p/s: same goes to lelaki. lelaki jangan nak lari plak. anda pun same je konsep nyer.

p/s/s: sape setuju dengan pendapat Pjah, sila angkat tangan macam saye - ujar Usop



www.tips-fb.com

- Kenapa saya suka remaja berebut nak masuk AF, Mentor & etc -

Salam..


Kalau dilihat Malaysia sekarang..
Mak aih  berebut2 remaja nak jadi artis kan?
Cube tengok audition AF, Mentor dan sebagainyer..
Perggghhh kl bom kat situ abis separuh remaja Malaysia kot. -__-"


Best sangat ke jadi artis?
Sampai mak ayah pun menangis2 bila anak xdapat jadi artis.
Sanggup berhabis duit nak bagi anak p audition.
Betapa ramai yang miskin datang audition bercerita pasal kemiskinan **meraih simpati?**


Kalau dulu.. orang suh belajar tinggi2 untuk mengubah nasib..
Pendidikan diletak tempat tinggi untuk engubah nasib..
Tapi skang?
Apa barang kan belajar tinggi2 pecah kepala.
Jadi artis sekali perform dapat berapa riban dah.
Nak popular senang aje.. tunjuk je dada, tunjuk belakang, lentok selentik boleh.
Kalau jadi pelajar, ade ko popular? xde kan? Dunia2 -___-"


Ok.. berbalik kepada tajuk..
Kenapa saya suke remaja duk berlumba nak masuk AF, Mentor & sebagainya?


1. Persaingan sekolah


Dengan perkembangan pendidikan sekarang, kita boleh tengok betapa ramai yang pandai.
Sangat susah nak compete untuk masuk U, sekolah asrama penuh.
So, bile dorang yang bajet nak duit cepat + fofular ni duk berlumba2 nak masuk AF..
Persaingan pun dah kurang la sikit. 
Dapatlah kita yang tak mengejar duit + fofular ni compete sesama kite je. Bagus kan?
Terima kaseh peserta2 dunia hiburan.


terima kasih sesape yg bercita2 nak jadi artis.
at least kanak2 cemerlang ini sudah kekurangan sikit pesaing. 




2. Persaingan keje


Bila dah jadi kunun artis... walaupun merupakan org yg pertama terkeluar dengan undian sms giler ciput..
Dorang biasenyer dah xnak keje biase dah.
Ape barang keje jd lawyer, pegawai, akauntan..
Jadi artis la lagi best!
Boleh pakai baju mahal..
Boleh tayang bentuk badan.
Boleh peluk2 aweksss.
Boleh tonggek2 buntut besar tu.
Jadinyer kitesemua untung la lagi di situ,
Tak yah dah nak compete keje dengan org2 begini.
Orang2 yang sanggup meninggalkan rezeki halal untuk mencari rezeki yang syubhah begitu. **syubhah ke? mcm sure haram je -___-'**


aku xpnah tengok AF. 




Tu baru 2 je tu..
Banyak lagi sebenarnyer..
Tapi malas dah nak tulis.
Salah satu yang paling nyata..
Boleh kutuk2 dorang kan?
Paastu bagi lelaki boleh cuci mata tengok keseksian artis2 ni. 
Perggghhhh mmmassssyyyyuuuukkkk gtu -___-"
Berdarah hidung lelaki uooolllsss! www.tips-fb.com

Saturday, April 23, 2011

- Lelaki Yang Matang -

Salam...

Another lonely weekend..
Sebab xde member yang datang umah..haha
Nak kuar pun cam malas je..
Cam rajin nak siapkan keje plak rasenyer arini..
**siapkan keje tp still melekat kat laptop n tv..wakaka**



Berbalik kepada tajuk la kan..
Meh Dr Pakar Cinta nak berbicara..
Wakaka boleh la kl nak muntah ye..
:-D

Dr Pakar Cinta anda hari ini ingin mengulas berhubung dengan 'lelaki matang'..
Oh oh oh...
'Lelaki matang' di sini bukan bermaksud lelaki yang dah beristeri atau duda atau tua atau whatever la..
Tapi 'lelaki matang' yang Dr maksudkan **ceh xberagak guna Dr.. nak jadi Dr Rozmey ka? haha**
Ok2..serius..
Lelaki matang yang saya maksudkan adalah dari segi pemikiran..
Pemikiran yang matang..
Ini bermakna lelaki matang adalah lelaki yang mempunyai pemikiran yang matang dalam setiap tindak tanduk nya.
Ye..gitu~~~


Antara lelaki yang membawa gitar & memakai blackberry..
Dengan lelaki yang pakai biase2, guna pun nokia 3310 je..
 tapi dalam diam dah ade tanah dan rumah sendiri..
Mane lagi cool?
For me... yang de tanah & rumah lagi cool!!



Tak perlu nak tunjuk2 kekayaan...
Menabung dalam diam..
Membuat pelaburan untuk jangka masa panjang..
Merancang untuk masa depan..
Tidak membazir.
Mude2 dah kumpul harta.
Very matang yet humble.
Berpijak di bumi nyata.

Ape tah aku membebel kan..
Just nak cakap..
Jangan pandang orang sebelah mata..
Tu je.. haha
Ok chow!!


for u :'}
www.tips-fb.com

Monday, April 18, 2011

- Bila lelaki berkata "Encemnyer Awal Ashaari!!" -

Salam..

Terlagha plak bile terjumpe page SchAwal ni..
Adess duk menengok2 gambar Scha yang gojes + lawa + comey..
Ngan si Awal yang stylo + encem..
Sweet je gambar2 dorang..

cute expression!

nice photo!

Pastu terdetik..

Kalau pompuan, aku sebagai contohnyer..
Bile tengok Scha..
Terdetik..
"Comelnyer gambar Scha ni."
"Cute nyer Scha. Suke tengok dier"


Pastu terdetik..
"Comeynyer Awal dalam gambar ni.."
"Encem banget deh Awal"

Korang de rase geli2 x?
Xde kan?

Tapi imagine la I ni laki..
Name I Hafiz ye instead of Hafizah..
Hehe..
Imagine tau...
I ni pakai cap segala ni..

Pastu tengok gambar Awal & then teriak..
"Wah encemnyer Awal!! Suke tengok muke dier!"
"Awal u damn hensem wokey!!"

phewww..cicak, beware of this hair. it may cause death.

Ha geli tak geli tak???????

Kalau aku la..
If aku dengar seorang bernama Hafiz cakap gtu..
Mesti automatically muke aku berkerut seribu..
Sambil mate jeling..
Dalam kepala otak..

"Gay???????????  GAY???????? gay?????????" 
-___-"

Actually terfikir camni..
"Betul pe yg Uncle Usop's Son" cakap (sorry dah xjumpe dat entry..haha)

Cian lelaki kan?

Xdapat bebas bersuara..
Kesian kesian kesian..
Hahahahaa

chanteq gambar ni..





www.tips-fb.com

Friday, February 25, 2011

:: World is Colourful. Warna Warni Dunia. ::

Salam..

Sudah agak lama tak update blog.
Dan elok2 plak tengah syok tulis thesis, time tu la idea blogging datang.
Gedik betul idea ni kan? 
Tak leh ke datang mase malas2 nak wat thesis tu?
-___-"

World is colourful.
Kadang kala dunia dirasakan hitam.
Kadang kala biru.
Kadang kala putih.

Kadang dunia dirasakan tidak adil.
Kadang dunia dirasakan sangat adil.
Kadang dunia dirasakan berat sebelah.
(berat sebelah ngan tidak adil xsame ke?)

Kadang dunia kita dirasakan suram.
Kadang dunia kita dirasakan indah sekali.

Kadang dunia ini ibarat senyum kepada kita.
Kadang dunia ini ibarat sinis kepada kita.

Hidup hanya sekali.
Dunia hanya sementara.
Tepuk dada tanya selera, tanya iman.
Apa yang kita cari di dunia pada sebuah kehidupan yang fana ini?

Buangkan hasad dengki.
Buangkan hipokrasi.
Buangkan dendam.

Yang lepas usah dikenang..
Hadapi yang mendatang dengan senyuman.
(^_~)v


www.tips-fb.com

Tuesday, January 11, 2011

:: Erkkkkk. Peliknyer fashion diorang!! Fashionista atau mangsa fashion?? ::

Salam.

Tadi berjalan2 makan angin dalam dunia maya ni.
Ternampak la gambar beberapa orang perempuan.
Eh ramai gak la.
Dorang ni macam popular la jugak. 

gambar tiada kaitan. LOL

Oh..diorang suka berfesyen rupanyer..
Tapi dua tiga kali pandang..
Rase macam pelik plak fashion nyer.
Macam tak berapa sesuai je..
Huhuhuhu..

Sekarang ni macam2 fesyen kite boleh tengok.
Macam2 ragam.
ok tak nak ulas panjang2.

Cume satu je la.
Berfesyen tu janganlah sampai melampau..
Seyesly nasihat..
JANGAN JADI MACAM LADY GAGA!!! 
Oh tak sanggup tengok -_____-"
Peace (^_^)v


Cik Hifaz: Diri ini belum sempurna..............
www.tips-fb.com

Saturday, January 8, 2011

:: Mimpi - Adakah Sekadar Mainan Tido? ::

Salam.

Seperti yang telah Cik Hifaz bagitau kat previous entry.
Cik Hifaz nak bercerita pasal mimpi.

1. Orang cakap mimpi itu mainan tido.

Oh sangat betul.
Apa yang kita fikir malam tu kemungkinan besar akan masuk dalam mimpi.

Mimipi mainan tido Cik Hifaz:

Time dolu2 kan..
Time tu Cik Hifaz sekolah menengah.
Cik Hifaz kan.. mimpikan dua orang kawan Cik Hifaz masa sekolah rendah.
Sorang lelaki dan sorang perempuan.
Perempuan tu merupakan kawan baik Cik Hifaz time sekolah rendah tu.
Nak tau Cik Hifaz mimpi ape pasal dorang ni?
Cik Hifaz mimpi dorang berdua ni kawen!!!
Kawen ko tau tak?
Hahaha tersangat la lawak.
Padahal bukan dorang bercinta pun time sekolah.
Tak tau la camner Cik Hifaz leh mimpi dorang kawen plak! -___-"
Yang lagi kelakar, Cik Hifaz jadi penjaga air mase kenduri dorang tu.
Muahahahaha sangat lah the lawak hei!

Selepas sekolah rendah berakhir..
Cik Hifaz dah tak jumpe sangat.
Terselisih kat kampung je la kan.
Sampai la aritu jumpe la ngan mamat tu kat MukaBuku.
Dah baik2 duk selalu chat & sms..
Cik Hifaz pun cerita la pasal mimpi tu.
Haruslah dier gelak kan?
Cik Hifaz cakap la kat dier..
Ape kate dier p ngorat dak pompuan yang Cik Hifaz mimpikan dorg kawen tu..
Mane tau jodoh dorang kan?
Muahahahaha
Peace (^_^)v

sumber : pcik Google

2. Orang cakap mimpi itu boleh jadi satu petunjuk

Kadang-kadang mimpi itu petunjuk untuk kita buat keputusan.
Petunjuk sebagai penunjuk kebenaran.

Mimpi sebagai petunjuk? Cik Hifaz:

Dulu Cik Hifaz pernah ada kes dengan seorang hamba Allah ini..
Cik Hifaz pernah jumpe dier pertama kali kt satu tempat.
Masa tu muke dier nampak sangat naif dan baik.
Menimbulkan kasihan dan rasa bersalah di hati ini.
Tapi lepas tu benarlah kata orang.
'Dont judge a book by its cover'.

Dier pernah emel kat Cik Hifaz, bercerita pasal drama swasta nyer.
Memang drama swasta dier tu buat Cik Hifaz nangis giler2 la..
Sampai sekarang pun..walau sudh memaafkan..lukanya masih ade.
Dan memang dah tak boleh hormat dier lagi dah.

Berbalik kepada mimpi.
Akibat dari drama swasta yang dier buat (yang xtau betul ke fitnah semata itu)..
Cik Hifaz selalu la berdoa agar diberi petunjuk dan diberi kebenaran tentang perkara tersebut.

Sampai satu malam tu..
Cik Hifaz mimpikan dier.
Dalam mimpi tu, semua rahsia perempuan tu terbongkar.
Semua dusta semata.
Semuanya sebab dier seorang drama queen.
**Dalam mimpi tu la**
Adakah itu suatu petunjuk atau sekadar mainan tido?

Xcukup ngan mimpi itu.
Dalam malam yang sama.
Cik Hifaz mimpikan 2 lelaki.
Seorang adalah ex Cik Hifaz (yang merupakan ex perempuan itu & skang dah bersama balik pun)
Seorang adalah lelaki yang Cik Hifaz suke dari dulu sampai sekarang kot
Ex Cik Hifaz melepaskan Cik Hifaz seikhlas hati kepada lelaki yang Cik Hifaz suka.
Hmm.. petunjuk atau hanya mainan tido?

3. Mimpi dipatuk ular bermakna ada orang nak masuk meminang.

Hoi hoi hoi.
Untuk anak dara saja kot.
Xkan bini orang pun mimpi dipatuk ular kot kan?
Hihi

Mimpi ular Cik Hifaz.

Selalu gak mimpi ular.
Tapi tak pernah dipatuk pun. :P

Ade satu malam tu..
Cik Hifaz bermimpi naik bas.
Duk seat belakang sekali.
Pastu tibe2 sampai kat satu kawasan yang seram.
Giler banyak ular kat luar bas tu.
Pokok2 penuh ngan ular yang besar2.
Pastu duk asyik tengok kat cermin tu..
Tetibe ade sekor ular besar nak mampuih terjah kat Cik Hifaz.
Nasib baik ade cermin.
Ular tu berusaha jugak nak patuk Cik Hifaz.
Takut!!! (+___+)

Pastu kan...
Tibe2 dushhhhh ade makhluk yang sondol ular besar tu.
Makhluk itu adalah seekor LEMBU!!!
Hahahaha lawaknyer mimpiku!!!
Lembu menjadi hero Cik Hifaz ye.
Bangun tido tergolek2 gelak.
(-__-)"


4. Mimpi itu mainan syaitan atau ade orang berniat jahat kat kita.

Yang ni sangatlah menakutkan.
Jangan lupe bace doa sebelum tido agar syaitan tidak dapat kacau.

Mimpi syaitan - pengalaman Cik Hifaz.

Cik Hifaz kan selalu jugak la mimpi menakutkan.
Itu semua terjadi kalau Cik Hifaz tertido sebelum semayang Isyak.
Cik Hifaz ni jenis senang tertido.
Especially kalau tengok TV.
Orang tengok TV.
Tapi Cik Hifaz plak, TV tengok Cik Hifaz.
Hahahaha

Pernah satu malam tu kan..
Tertido.
Belum semayang Isyak lagi.
Tertido kan..of coz la tak bace doa ape2..
Pastu Cik Hifaz mimpi.
Dalam mimpi tu Cik Hifaz jadi lelaki.
Time tu laki tu (Cik Hifaz) nak p semayang.
Tapi ade seorang perempuan (dalam mimpi tu jd watak kakak).
Perempuan ni selalu la duk lengahkan Cik Hifaz.
Baru je laki tu (Cik Hifaz) nak buka pintu bilik nak p ambik wuduk & solat..
Perempuan ni akan tarik pastu duk bercerita.
So duk main tarik2 pintu la ngan perempuan ni.
Sampaila satu tahap.
Cik Hifaz tarik pintu bilik.
Perempuan tu pun sebuk plak tarik tangan pastu bercerita pasal horoskop.
What the fishcake sedap dimakan kan?
Dalam mimpi tu.. Cik Hifaz geram sangat2..
Cik Hifaz tarik giler kuat pintu tu sampai la pompuan tu terjatuh!
Pastu Cik HIfaz tersedar dari mimpi tu dengan berdebar giler.
Terus mengucap & cepat2 solat.
Insaffff!!!!
Terfikir dalam otak..
"Perempuan tu setan ke? Aku mimpi setan ke??"
SERAMMM!!!! (-___-)"

Ok.. sudah takdak idea..haha
Chow dulu ye.

Cik Hifaz: pernah mimpi jadi Orang Ketiga dalam hubungan cinta kawan sendiri. esoknyer terus kemalasan nak berborak ngan kawan tu sbb terfikir2 mimpi tu. xmaoooo..huhuhu T__T





www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...