♥ ♥ ini geng mafia hifaz ♥ ♥

Thursday, May 5, 2011

- Perang Dah Tamat ~ Malique & Rabbani -

[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.






----------------------------------------------------------------------------------------


Best song n lyric ever.
So meaningful.
Hayati lirik lagu ini.
Sama2 doakan kesejahteraan bersama.
Peace no war!!!


"Piagam Madinah dihidup dan dijana.."
Sape masih ingat piagam madinah ni?


"Jangan buka mata realitinya sungguh berbeza.. "
T___T
Cube hayati lirik ni sambil tutup mata dan bayangkan sepeti lirik..
Dunia yang aman tanpa persengketaan...


"Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat"


tak sempat dah...
tapi xtau la btl ke x Osama dah mati..
Atau sebenarnyer Osama tu wujud ke x?
Atau hanya watak rekaan semata2..

"Perang dah tamat..
Maaf bukan cerita sebenar.."
sedih ngguh :'{

p/s: this is the reason i like malique so much. so talent & creative. :'}

www.tips-fb.com

Monday, May 2, 2011

~ Kenapa Perempuan Tak Pandai Masak? ~

Salam..

Perempuan sekarang makin ramai yang pandai masak ke makin tak pandai masak ek?
Ade yang kate ramai yang xpandai masak sebab selalu makan kat luar..
Ade yang cakap ramai pandai masak sebab senang nak dapat resepi..
Mane satu yang betul ni??

Ok.. ni pendapat aku kenapa perempuan tak pandai memasak.

1. Sekolah asrama

Sekarang perempuan ramai yang mengejar pendidikan.
Tidak lagi di takuk lama iaitu perempuan tempatnya di dapur je.
Ke ade lagi camtu?
Korang ade lagi ke yg fikir camtu?
Aku konpem dah xde fikir kolot camtu.

Seawal 13 tahun kebanyakan kanak2 dah masuk asrama.
Makanan kantin yang sediakan.
Tak yah nak tolong masak ke. Tolong kupas bawang ke.
Melainkan korang menjadi mangsa buli.
Maka nya, mane lah ade kesempatan nak belajar masak kan?
Tak kan tetibe lari dari prep p kantin..

Minah: Makcik, saye nak tolong makcik masak boleh x?
Makcik Kantin : Buang tebiat ke?

Time ni mesti fikir..
"Ala mude lagi..t mesti ade peluang nak belajar masak! Yakin boleh!"
Tercapaikah impian itu?
Meh kite lihat kisah hidup Minah selepas ini~~

minah memang nerd mase sekolah. 


2. Pas SPM, eh masuk matrix plak 

Alhamdulillah after dapat result SPM yang agak ok la..
Minah berjaya menjejakkan kaki ke kolej matrikulasi..
Gembira bukan kepalang la Minah ni.
Ye la, cikgu cakap kalau dapat masuk matrix, sebelah kaki dah kt 'u'.

Macam mana plak ngan impian nak belajar masak Minah tu?

Duk kolej maknanya duk asrama la kan.
Nak masak?
Mestilah xdapat.
Nak guna alat elektrik pun setakat iron baju je dapat.
Itu pun guna senyap2.
Pasang laptop pun trus black out satu blok x cukup tenaga.
Nak masak apatah lagi.
Mau siren kebakaran terus berbunyi if masak dalam bilik.
Terkubur lagi impian Minah.
Jadi salah siapa Minah x pandai masak?
Minah kah yang bersalah atau institusi pendidikan negara yang x benarkan student masak?
Jadi bila plak Minah dapat belajar masak ni?
"Pas matrik ni mesti aku dapat belajar masak" getus hati kecil Minah

mase kat matrik.. suke betul Minah ni tido.


3. Alhamdulillah dapat masuk U.

Setelah bertungkus lumus belajar kat matrix, dapatlah Minah masuk U.
Berkobar2 Minah nak belajar masak.
Ye la, fikirnyer U ni tempat berdikari.
Mesti dier dapat masak.

Tetapi sayang seribu kali sayang..
Harapan untuk belajar memasak terkubur begitu saja.
Bukan kerana makcik kafe xnak ajar masak..
Tapi kerana polisi U student xleh masak dalam bilik.
Waima dalam blok sekalipun.
3 tahun kat dalam U..
Harapan Minah musnah lagi.
Hanya kerna U xbenarkan aktiviti masak memasak dalam blok.

"Xpe.. nnt aku keluar dari U siaplah aku belajar trus pandai kalahkan Chef Wan!" getus Minah lagi.

kat U baru leh pegang lappy.

4. Akhirnyer.. sudah bekerja

Setelah berhempas pulas pecah kepala belajar, akhirnyer Minah berjaya mendapat kerja idamannya.
Belajar memasak?
Bangun pagi, pukul 6 dah kena bertolak pergi keje.
Dah kena berhimpit di dalam komuter.
Nak masak untuk breakfast?
Mane sempat bhai!
Nasi lemak Makcik Senah je la peneman.
RM 1 je pun. 
Tak terjejas pun gaji Minah.

Belajar masak time balik keje?
Balik keje kul 5, kul 8 baru sampai kat rumah.
Duk bersesak2 lagi dalam train..
Pastu nak naik bas lagi..
Nak masak?
Penat la awok. Fikir nak tdo je ni.
Last2, Minah beli nasi goreng pataya kat kedai Pak Man Telo kat bawah apartment je.
Senang.
Balik makan, mandi solat semua, then tido.
Berulang la selama 5 hari seminggu.

"Belajar masak weekend la. Mesti xde buat ape2" bermonolog Minah di awal kejenya.

keje..dah matured dah Minah ni
5. Weekend

Minah: Eh, nak wat pe ek esok? **jumaat malam**
Sipoh : Jom p Midvalley.. de sale la.
Minah: Ha, jom2.

Begitulah minggu2 seterusnye.
Asyik keluar je..
Ye la, tak keluar kang boring plak duk umah. 

Masak?
Impian menjadi angan2 je la.
Bukan kata masak, pegang sudip pun xreti.
Periuk ngan kuali pun xleh beza.

kawan2 Minah. Jenab, Milah, Leman, Sameon.


Pas 2 tahun keje..
Akhirnyer jodoh Minah sampai.
Kahwin la Minah dengan Usop.
Barulah terhegeh2 Minah nak pegang sudip, nak bezakan kuali dengan periuk.
Kunyit, halia dan lengkuas.. tak usah cakap la.
Nasib tak tertukar dengan bawang putih je.
Kalau tak, lagi haru.
Bila Usop membebel..alasan Minah senang je..

"I masuk asrama dari kecik tau. Mane sempat nak belajar. Bukan salah I xpandai masak."

Minah ngan Usop. encem Usop walaupun name klasik.
Dun judge a book by its cover wokeeyyy~~

Jadi.. adakah salah Minah tak pandai memasak?
Atau salah institusi pendidikan yang tak benarkan pelajar memasak?
Apakah solution yang boleh diambil?
**macam soalan esei SPM plak **

Bukan nak salahkan institusi pendidikan la..
Tapi kan..
Kenapa ye student tak digalak masak?
Aku rase lagi better kl kat U boleh masak.
Sebab time ni, student paling banyak habiskan masa di U berbanding di rumah.
Jadi U adalah tempat terbaik untuk galak student masak.
Biar mereka belajar memasak sesame mereka.
Mesti nyer dorang suke masak.. yela nak jimat kan?
Ke student skang dah kaye?
Ape barang masak, order Pizza delivery la.
Baru style!

Adakah alasan Minah tak pandai masak sebab dari kecik duk asrama tu boleh diterima?
Oh tidak sama sekali.
Minah tidak boleh memberikan alasan seperti itu.
Kerna walaupun duk asrama dari kecik..
Bukankah sekolah sentiase ade cuti?
Dan bukankah Minah ade family?
Tak kan dari kecik sampai besar tak pernah masuk dapur?
Tak pernah tolong mak masak?
Mesti pernah kan?
Melainkan Minah seorang yang pemalas.

Kesimpulannya.. tiada siapa yang tak pandai memasak.
Yang menjadi persoalan adalah rajin ngan malas je.
Korang rajin tak untuk mencuba masak.
Atau malas.. fikir tangan kotor, bau busuk, kaedai lagi senang?
At least tau pegang sudip, kenal mane periuk mane kuali..
Tau bezakan kunyit, lengkuas dan halia..
Kenal bawang putih, bawang merah.
Tu dah ok dah. Tau basic dah ok.

Tak reti masak?
Buka je Pakcik Google..
Tanya je Pakcik Google..
Nak masak pe?
Goreng telur dadar?
Pakcik Google boleh ajar la kl dah xde sumber sangat.
Pergi je kat www.google.com
Pastu taip 'telur dadar' mesti kuar nyer resepi.
Pastu try je la.

So cmner?
Kenapa perempuan tak pandai masak?
Renung2kan dan selamat beramal..

p/s: same goes to lelaki. lelaki jangan nak lari plak. anda pun same je konsep nyer.

p/s/s: sape setuju dengan pendapat Pjah, sila angkat tangan macam saye - ujar Usop



www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...