Salam..
Siapa kita untuk menidakkan takdir yang telah ditulis oleh Nya?
Siapa kita untuk menghalang ketentuan Nya?
Aku tidak pernah merancang untuk berkahwin di usia 25tahun..
Aku tidak pernah merancang untuk berkahwin pada tahun 2012..
Namun siapalah daku untuk menghalang segala ketentuan dan jodoh yang telah ditakdirkan untukku..
Sungguh.. aku tidak pernah menyintai suamiku sebelum kami berkahwin..
Sedari aku kenal dia seawal aku masuk UKM (2005), sehinggalah ke detik perkahwinan kami (10/11/12)..
Sungguh.. aku tidak pernah ada hati padanya..
Malah aku menyampah dengannya..
Masih aku ingat..
Aku kenal dengannya kerana kami sekelas masa degree..
Namun tidak pernah aku menyapanya..
Apatah lagi berbual dengannya..
Aku hanya tahu dier sekelas ngan aku..
Dan tak de ape yang menarik pada dirinya untuk aku ambik tahu..
Yang aku agak dari pemerhatian aku..
Dia bukan orang pantai timur.. orang Kelantan Terengganu lagi lah bukan..
Yang aku tahu dia budak keyelll (padahal salah..haha)
Dan dia agak sosial..
Di mata aku sbb aku selalu nampak dia dengan perempuan..yang berlainan.. (ooppss sorry Abg, tapi Abg mmg ngaku pun kn dulu Abg sosial.. ngeeee)...
Yang aku ingat..
Hanyalah gelarannya pada aku punya geng (kebanyakan classmate kami bagi gelaran supaya senang untuk bergosip..ngeh sengal~)
Aku yang memberikan gelaran tersebut..
"Rambut".. kerana apa?
Kerana dia selalu tukar fesyen rambut.. yang bagi aku agak kelaut.. sangat tidak sesuai (lagi sekali Abg, sorry.. :p )
Cuma aku selalu nampak dia ke surau fakulti..
So tanggapan aku adalah..
"Budak ni sosial tapi jaga jugak agama, solatnya.. bagusla".. sambil berlalu pergi..
Sungguh aku tidak berminat untuk kenal lebih rapat (dia juga begitu..hoho)
Kisah aku dan dia yang tidak pernah wujud.. berlalu setelah kami menghabiskan ijazah pada tahun 2008..
Sehinggalah tahun 2012..
Bilamana terlihat facebooknya...
Yang menarik perhatian aku untuk stalk adalah kerana penampilan dan gaya facebooknya..
Pelik.. budak ni dah berubah...BANYAK..
Namun tidaklah aku peduli sangat..
Namun setelah itu.. tiba2 pula dia suka komen pada gambar masakan aku (masa di bulan Februari 2012 kalau xsilap)..
Hinggalah aku naik menyampah..
Ye la.. ape kes duk komen2 sampai orang tersalah anggap..
Sampai kawan-kawan tanya.. "kenapa dia selalu komen fb ko? kenapa dia macam ada hati kat ko je? korang ada ape2 ke?"
Jawapanku hanyalah "mana aku tau.. xminat aku.. org Johor kot.."
Sungguh..aku langsung tak berminat untuk menganggap dia suka aku atau tak..
Kerna aku tak berkenan. FULLSTOP.
Piawaian lelaki idaman aku suatu ketika dulu adalah:
1. Ada agama
2. Tak merokok
3. Pakai spek
4. Orang Kelantan/Terengganu (Pasir Mas - Kuala Terengganu sahaja - reason: senang nak balik kampung, dan memang nak kerja dekat Kelantan/Terengganu je lepas habis belajar)
5. Anak sulung
Dia hanya menjadi pengomen tegar gambar makanan aku di fb..
Sehinggalah satu hari bila kakak ipar ku dimasukkan ke hospital akibat bleeding (tengah pregnant)..
Keesokan hari, aku tengah menunggu bas untuk ke rumah sahabat ku di Shah Alam untuk balik ke Besut..
(Tak ingat berapa haribulan, tapi bulan 3 seingat ku)..
Aku tinggal kereta aku di Besut kerna aku hanya datang sekejap ke UKM.. jadi aku hanya tumpang kawan aku je balik kampung..
Sedang menunggu bas, tiba2 abang aku bagitahu anak dia tak dapat diselamatkan.. dah meninggal..
Jadi aku buntu.. sangat buntu..
Perlukah aku tinggalkan abang aku di sini uruskan pengebumian anak dia seorang diri dan naik je bas sebab memang sedang bawa beg balik kampung sudah..
Kalau nak teman dia pun.. aku nak pergi Hospital Serdang dengan apa? Kereta xde..
Lantas aku menghubungi mak aku dan minta pendapat..
Semestinya mak aku suruh temankan abang aku yang keseorangan tu..
Jadi puas lah aku fikir nak minta tolong ngan sape sbb pagi aku tahu semua kawan aku biasanya dekat fakulti..
Tak tahu macam mana boleh terdetik hati untuk minta tolong dengan suamiku..
Kerna aku tahu dia baru berhenti kerja beberapa hari lepas, jadi dia mungkin boleh tolong..
Aku beranikan diri message dan minta tolong dia untuk hantarku ke hospital.. dan dia setuju..
Namun kami berdua terus ke Tanah Perkuburan Sg Tangkas kerna abang aku sudah sampai ke situ (lama betul dia bersiap, mcm mak datin)..
Itulah pertama kali aku bersua dengannya setelah 4 tahun habis belajar..
Dan pertama kali aku bercakap dengannya setelah 7 tahun aku kenal dia sebagai classmate aku..
Terpaksalah aku menebalkan diri memperkenalkan dia kepada abangku..
Yang aku ingat.. abang aku tanya.. "Balik kampung jugak ke?"
Dia jawab.. "Tak la.. dah Pjah x ajak"
What the? Ko sape aku nak ajak?
Setelah selesai pengebumian (sayu tengok wajah anak sedara.. syurga tempatmu sayang..)
Aku minta dia hantarku ke komuter UKM kerna abang aku bergegas ke hospital untuk menemani kakak iparku..
Namun dia insist untuk menghantarku ke Shah Alam.. which is i dont like it coz.. kerna tak tahu nak borak ape..
But then, aku setuju bila dia tetap nak hantar..
Sampai di Shah Alam.. kami terus berjumpa dengan kawanku..
Kemudian pergi makan..
Memang salah orang la kan.. kawan aku tu dia punya mulut memang lebih dari satu..
Walaupun awal2 dia tanya aku dah cakap kawan sahaja..
Lepas makan, dia minta diri untuk ke masjid (semayang jumaat), aku just say "ok bye. tq tau tolong aku"..
Tanpa menghantar dia ke kereta pun (sbb aku tak habis mkn pun lagi)..
Kejam kan?
Setelah dia berlalu pergi, jenuh lah aku menjawab soalan2 yang bertubi2 oleh kawanku..
"Aku raso dio suko ko mg la Pjah.. dio jawab aku tanya pun menunjukkan dio suko ko mg doh.."
Dengan disetujui oleh kawannya yang aku sendiri baru kenal..
"Eii..xsir aku.. ore Johor kot.. jauh.."
Selepas kejadian ini, kami hanya bertegur sapa di facebook..
Hinggalah akhir Mac aku terpaksa minta tolong dia sekali lagi untuk program Hari ICT anjuran biro aku (time ni aku jadi Felo kolej)..
Masa dia sampai dan jumpa aku..
Soalan pertama aku adalah..
"Bau rokok.. ko hisap rokok ek?"
Dia cuma membisu..
Bila tugas dia selesai, aku tumpang kereta dia (dari kafe kolej ke rumah felo aku.. saje malas nk jalan)..
Masuk dalam kete..aku terus komen..
"Bau rokok"
Yerpp.. aku sangat alert dengan bau rokok..
Kemudiannya bila dia mcm ingin mendekati aku..
Aku rasa sangat annoying..
Aku tengah stress baiki tesis Master aku ketika itu..
Dan aku sibuk membuat perancangan untuk keperingkat seterusnya..
Jadi aku tak ambil peduli langsung..
Sampailah suatu hari.. aku tak ingat apa yang kami bincangkan..
Sampailah masuk bab rokok..
Aku balas message dia..
"Ko hisap rokok kan? Aku tak suka perokok, aku xnak kawen dengan perokok, aku xnak ayah anak2 aku hisap rokok. Aku tak suka bau rokok dan hidung aku memang peka dengan bau rokok sama ada bau mulut atau bau kereta perokok."
Dia cuma balas..
"Ok, dah tulis kat sticky note, akan selalu ingat pasni. Lagipun org mmg tengah nak berhenti merokok.. tolong bantu org berhenti merokok.." (dia mmg bahasakan diri dia 'org' dgn aku while aku bahasakan diri aku 'aku' dengan dia)
Aku cuma terkejut.. ape kes nak aku tolong.. aku pun xnak jmpe die lagi dan xnk naik kete dia lagi..
Tapi aku tetap balas yang aku akan buang terus rokok dia if aku jumpa dalam kereta dia tanpa mintak izin dari dia..
Namun mungkin dah memang Allah nak jodohkan aku dengan dia..
Aku jumpa lagi dengan dia atas urusan kerja..
Tapi memang aku dah tak bau lagi rokok dr mulut dia atau kereta dia..
Then, dia suka hantar doa pada aku.. pukul 6am..
Arghhhh stress!! aku sangat tak suka orang kacau aku tido, tak suka orang menyebabkan aku bangun sebelum jam aku berbunyi (masa tu aku selalu bangun 6.30am or 6.45am..huhu)
Tapi nak marah rasa macam jahilnya aku marah pada org bagi doa.. huhu
Sampailah satu hari dia mengajak aku untuk ambil adiknya di UIA..
Masa tu memang aku tengah berserabut denga tesis..
Aku pun tak tahu macam mana aku boleh setuju.. mungkin untuk lari dari tesis yang macam dah nak pecah kepala fikir..
Dan aku expect adik dia akan ikut kami balik..
Memang kami tak banyak bercakap pun dalam kereta..masing2 melayan perasaan..
Sampai di UIA, rupanya adik dia tak ikut.. so just jumpa about 30min camtu tunggu..
Then tak sampai seminggu.. tiba-tiba satu message yang amat mengejutkan aku muncul..
Katanya mak dia dah tengok gambar aku kat fb (which aku privatekn semua kecuali profile pic)..
Dan mak dia dah berkenan.. nak masuk meminang.. If aku setuju..dia nak jumpa mak ayah aku..
Bayangkan perasaan aku ketika itu..
SERABUT!!!! betul-betul aku serabut.. aku rase kalau dia ada kat depan aku..aku dah makan2 dia yang kurus kering mcm lidi tu sampai tinggal cebisan lidi sate!
Serius aku tak tahu nak balas ape..
Aku just balas.. "Aku tak tahu nak cakap ape.. nanti aku bincang ngan mak aku"..
Memang aku tak bincang pun ngan mak aku.. aku cuma bagi jawapan selamat je.
Tak mungkin aku bincang ngan mak aku.. Malu ok! dan aku tak suka dier.. kenapa aku nak kena bgtau mak aku plak kan?
Seminggu berlalu aku tak bgtau sapa2 pun..aku biar je.. aku teruskan hidup aku dengan tesis ku tanpa rasa bersalah..
Namun, kalau dah namanyer jodoh..
Tiba2 aku terbagitau adik aku yg memang minah kepoci..
Tu pun sebab adik aku tipu aku..
Dia cakap suami aku bgtau dia, suami aku tu nak masuk meminang..
Aku rasa nak makan adik aku plak bila aku tahu dia tipu aku...
Dan of coz bila mak dah tahu, dia suruh aku jumpa family suami aku untuk kenal2..
Mak aku cuma pesan.. "kalu mok dio sombong, mok xsir.." (haha tipikal mok, asal x sombong, on je)..
Bertambah serabut la aku bila mak plak suruh pergi jumpa family..
Aku tak nak kawen! Aku tak suka dia! Aku nak further study kat oversea!!!!
Aku memberontak sorang-sorang macam orang tak betul..
Bila tesis aku dah siap baiki..
Baru aku bgtau dia aku nk jumpa family dia dulu..
Tapi untuk kenal sahaja.. bukan bermaksud aku setuju dia nak datang meminang..
Tapi aku letakkan syarat di mana aku tak nak bincang apa2 pasal nak pinang meminang..
Aku datang untuk kenal sahaja..
FULLSTOP.
**panjangnya..sambung Part 2 la**
pjah...cepat sambung lagi....
ReplyDelete