Akhirnya hari untuk aku ke Johor berjumpa kelurganya tiba..
Kami ke johor ditemani adik perempuannya..
Sungguh.. aku langsung tidak berdebar..
Aku cuma berharap mak ayah dia tidak berkenan dengan aku..
Sungguh.. itulah harapanku..
Sepanjang perjalanan aku berdoa agar mak ayah dia tak berkenan dengan aku...
(Adakah aku seorang yang tidak waras doa mcmni masa jumpa family bakal mertua?)
Sampailah ke rumahnya.. aku betul-betul takde perasaan..
Yang aku tahu.. aku cuma ikut kata-kata mak aku je..
Tak lebih dari itu...
Namun, apa yang aku harapkan punah, musnah begitu sahaja..
Bila mana aku dilontarkan soalan bertubi-tubi..
"Bila mak ayah free boleh datang rumah?"
"Bila Pjah abis belajar boleh ktrg datang rumah?"
"Macam mana adat sana?"
Bla bla bla..
Arghhhhh stresss!!!
Aku rasa nak sepak je suami aku at sebelah tu..
Rasa nak mengamuk je..
Bukan ke dah cakap.. aku cuma nak kenal..
Aku tak nak bincang apa-apa pasal minang meminang!
So aku cuma jawab "tak tahu, nanti tanya mak" untuk setiap soalan..
Walhal aku sangat biasa dengan wedding (setiap tahun ade kenduri kawen rumah aku..)
Jawapan selamat...
Untuk hilangkan stress..dia ajak aku lepak tepi kolam ikan..
Dia minta maaf (nampak kot muka aku tengah marah berapi)
Aku diam je sbb memang aku tengah marah sgt2.. aku lgsg xpandnag ke arah dia..
dia pandang kolam.. aku membelakangi dia..
Hinggalah dia luahkan perasaan dia, kenapa dia nak kawen dengan aku, bagi ayat2 quran lagi suruh aku baca untuk aku buat keputusan nanti..
Sampailah satu ayat yang membuatkan aku bergenang air mata... (nasib baik blh tahan tak bagi air mata jatuh)..
Kerana luahan itulah yang membuka hati aku untuk memikirkan hasratnya..
Bila masuk ke dalam rumah.. tiba2 mak dia tanya..
"Pjah mengantuk ke..kenapa mata merah?"
Dah sudah.. perasan la plak..
Aku hanya mampu senyum dan menggelengkan kepala.....
Setelah pulang dari Johor..
Aku meneruskan rutin aku seperti biasa..
Mak aku pula suruh bawak dia datang rumah, nak kenal..
Arghhh stressnyer!!!!
Bertambah menyampah aku dengan suamiku kerna aku rasa sangat menyusahkan hidup aku!
Kenapa menjadikan hidup aku rumit? KENAPA? KENAPA? KENAPA?
Oleh kerana mengikut kata-kata mak aku..
Aku pun ajak la dia ke Besut..
Kebetulan aku dah settle hantar tesis, dan adik aku yang UTP tu pun dah habis belajar, boleh balik bersama2..
Tapi awal2 aku dah pesan kepadanya..
Aku tak kan pedulikan dia kat rumah nanti.. pandai2la jaga diri..
(Kejamnya aku bila diingat balik.. sabarnya suami aku kan? :D )
Sesungguhnya aku serius bila memberi pesanan kepada suamiku..
Sampai sahaja di rumah aku, aku terus keluar kereta meluru kepada baby (kakak aku baru bersalin masa tu)..
Aku tinggalkan dia begitu sahaja di luar bersama mak ayah aku..
Langsung aku todak mempedulikannya..
Mak ayah je la yang duk borak2 dengan dia..
Aku tak bagi dia duduk rumah aku..
Dia stay kat chalet Bukit Keluang je..
Makan minum je kat rumah aku..
Esoknya aku biarkan dia makan berdua dengan ayah aku..
Punya lama diorang makan..
Sampai aku ngan mak aku pelik..apalah 2 orang tu buat makan lama sangat..
Malam tu bila aku kat dapur dengan suami aku..
Dia bagitau aku yang dia dah bincang dengan ayah aku, tinggal keputusan dari aku je..
Arghhhh rasa nak tumbuk2 dia! Betapa geramnya aku!
Kenapa dia ni takde perasaan malu? takde perasaan segan? kenapa berani mati sangat?
KENAPA? KENAPA? KENAPA?
"Aku nak keluar.. ko makan la sorang".. tu je aku mampu ucapkan..
Adakah aku berfikir lepas dia balik?
Semestinya TAK. Aku sibuk menjaga anak sedara aku dan aku memang tak tahu nak fikir macam mana..
Aku memang takde hati kat dia..
He's not my taste!
Lebih dari seminggu... aku biarkan masa berlalu..
Sampailah satu hari.. aku bgtau mak aku.. aku xbagi keputusan pun lg kat dia (sambil aku gelak2 cover)..
Jawapan mak aku.."la.. bakponyo..sie ko dio.. doh la sedih muko2"..
Hahahahahahahhaha... memang aku gelak guling2 dengan statement mok aku tu..
Lepas tu baru aku fikir sedalam2nya.. semayang istikarah..
Sampailah satu hari aku ade keberanian untuk message dier..
Bagitau aku setuju..
(Lepas tu nangis sorang2.. apa yang aku buat ni? betul ke tindakan aku ni?)
End of May, family dia datang merisik..
Honestly, aku menangis masa mandi pagi tu..
Aku rasa serba salah sangat..
Betulkah tindakan aku ni..
Aku tak cintakan dia pun..
Adakah aku sedang membunuh diri?
Bincang2.. family dia nak tunang sekali ngan kawen..senang..
Dan mereka cadangkan hari raya.. which is on August (3 bulan)..
Aku biarkan je family aku berbincang..
Tapi mak aku memang tak nak hari raya sbb penat..
Last2 bulan 11.. Alhamdulillah..lama la sikit jaraknya...
Sepanjang pertunangan kami (kira dah bertunang la..cuma majlis adat je belum)..
Memang banyak sangat aku uji kesabaran suami aku..
Seriusly.. kesian dia..
Mungkin kerna tiada rasa cinta..jadi aku rasa semua benda menyusahkan..
Dan kemudian aku menyusahkan dia sebab dialah punca segala2nya..
Semua benda aku tak setuju..
Aku tak suka..
Dan aku selalu fikir semua salah dia...
Merosakkan perancangan aku..
Sampailah hari perkahwinan (10/11/12)..
Aku pasrah je...
Namun sejurus selesai akad nikah..
Aku rasa tenang sangat.. tenang setenang tenangnya..
Dan aku rasa sangat sayang pada suami aku..
Betul la orang cakap..
Walaupun kita tak cintakan seseorang.. Allah akan kurniakan perasaan cinta kepada kita bila kita berkahwin..
Tapi sangatlah janggal untuk aku sesuaikan diri dengan suami aku..
Aku dah biasa aku engkau je.. nak tukar panggil "Abg" sangatlah kelu lidah ni...
Sampaikan masa otw hantar BFF aku ke airport..
Suami aku tanya.."mana kunci kereta?"
Aku jawab.. "Mana aku tahu, bukan ngan ko ke tadi..eh..sorry"..
Memang banyak tersasul di awal perkahwinan..
Dan banyak dugaan..
Namun kini yang aku betul2 pasti..
Aku sangat mencintai suamiku..
Aku sangat menyayangi dia..
Dan aku tak mahu kehilangan dia..
Dan aku betul2 bahagia..
Mempunyai suami yang sangat menyayangi aku..
Sehinggakan masa aku letih sangat haritu dan tak terdaya..
Dia lapkan badan aku dengan kain basah..
Sehingga aku berfikir.. "sakit sangat ke aku? aku letih je... bukan sakit"..
Selepas aku bangun dari tidur, suami aku lap badan aku lagi sekali..
Ya Allah.. tuhan je yang tahu betapa terharunya aku..
Sungguh..aku tak pernah layan diri aku sendiri macam tu..
Kalau demam pun aku tak pernah manjakan badan aku..
Aku biar je..
Tapi suami aku manjakan sebegitu rupa..
Sungguh aku bersyukur kepadaMu Ya Allah..
Aku merancang, rupanya rancangan Allah lagi baik untukku..
Ya Allah..
Panjangkan umur suamiku..
Lindungi dia dari kejahatan dan bencana..
Izinkan kami menuju ke jannah Mu.. wahai Tuhan sekelian alam..
Amiin....
waa, bestnye perjlnan jdoh dye..rse mcm bc novel...hehe...sweettt...:)
ReplyDeletewaaa, bestnyee perjlnan jdoh dye...rse mcm bc novel...hehe...sweeetttt...:)
ReplyDeletesmg kekal ke akhir hayat yer..
tq :)
Deleteamiin..
hah! buat org jiwang pepagi... huhuhuhuhuhu...
ReplyDeleteyang pakai spek tu encik husband ke? serius hensem, muka ala-ala nerd. beruntung kamu, dah la lovely, kacak pula tu.
ReplyDelete