♥ ♥ ini geng mafia hifaz ♥ ♥

Sunday, October 6, 2013

Menantuku Hantu Mentuaku Dewa?

Assalamualaikum...

Sejak join satu group FB pasal kehamilan ni..
Banyak pula terbaca masalah rumah tangga orang...
Ape kaitan tah masalah rumah tangga dengan info kehamilan... (-__-")
Tak kisah la..
Yang nak dibicarakan adalah salah satu masalah yang diluahkan oleh mommies muda..
Masalah hubungan dengan mentua..
Memang topik hot dari dulu.. bukan saja dalam FB, malah selalu diutarakan dalam media massa..

Punca masalah hubungan dengan mentua kebanyakannya adalah kerana tinggal sebumbung..
Baru kahwin.. suami ajak tinggal dengan mak ayah mereka dengan alasan untuk menjaga orang tua mereka..
Tak pun mentua mintak tinggal sekali sebab rumah mereka pun kosong.. tambah plak sang suami merupakan 'anak emak'..
Tak sanggup berpisah..gittewwww...
Awal2 semua ok.. lama2 semua ko..

Actually pada pendapat saya la kan..
Kalau boleh avoid, avoid la duduk sebumbung dengan mentua..
Bukan ape, setiap orang ada ragam dan 'privacy space' sendiri terutama sekali perempuan..
Sudah menjadi sifat semula jadi perempuan sensitif, mahukan privacy yang tinggi dan sebagainya..

Kenapa terjadinya masalah hubungan ini..
Dan kenapa selalunya isteri yang bermasalah dengan mentua?
Jarang sangat suami yang bermasalah dengan mentua..
Bila menantu perempuan tinggal dengan mentua banyak je masalah..
Sedangkan bila menantu lelaki tinggal dengan mentua ok je..

Sebabnye?
Perempuan dan lelaki perangainya jauh berbeza..
Sifat semula jadinya jauh berbeza..
Banyak benda yang lelaki anggap remeh..
Merupakan perkara yang sangat penting bagi perempuan..

I'll list down my opinions.. 
Ini pendapat saya sahaja..
Tapi bolehla sama2 fikirkan..
Terutama pada lelaki yang dah berkahwin atau belum berkahwin..
Saya fokuskan pada perempuan sahaja ye.. lelaki sila fikir sendiri.. muahaha

Source: Pcik Google


----------------------------------------------------------------------

1. Honeymoon time

Tempoh awal perkahwinan merupakan masa honeymoon untuk pasangan suami isteri..
Honeymoon bukan sahaja bila suami isteri pergi bercuti ye..
Awal perkahwinan juga adalah tempoh honeymoon..
Ye la.. baru kahwin.. baru nak kenal hati budi, perangai sebenar masing2..
Walaupun sudah lama bercinta sebelum kawen, sebenarnya masing2 belum menunjukkan perangai sebenar lagi..
Jadi saat selepas kawen la sedikit demi sedikit masing2 tunjuk belang..
Apatah lagi yang bercinta selepas kawen...

Saat ini juga merupakaan tempoh 'excitement'..
Masa awal2 ni la si isteri excited nak buat itu nak buat ini kat suami..
Semua jenis masakan nak try..
Nak surprisekan suami..
Nak candle light dinner bagai..
Nak main sembunyi2 ngan suami.. eh??
Nak masak special2 untuk suami..
Betul x isteri2 sekalian.. (kalau yg ckp x betul tu maksudnye kamu xcinta suami kamu sepenuh hati..keh3 :p )

Bayangkan kalau duduk dengan mentua..
Macam mana nak buat candle light dinner?
Candle light dinner berempat?
Tak romantik langsung!

Tempoh ni la yang si isteri excited untuk buat semua benda..
Sebab time ni la mereka masih berdua..
Tanpa ada gangguan..
Nanti dah ade anak.. bz jaga anak plak kan..
Bukanlah bermakna anak itu satu gangguan..
Tapi perasaan tu lain la ketika masih berdua dan bila bertiga, berempat, bersepuluh.. *ramainyer anak*


2. Perempuan suka pendam perasaan

Pendam..pendam..pendam....
Bila dah meletup.. kebabbbooooommmmm!!!! 
Abis semua jadi abu...

Ramai perempuan suka memendam rasa..
Terasa hati.. pendam..
Sedih.. pendam...
Apatah lagi dengan mentua kan..
Takkan kalau tak puas hati terus bagitau.. berani betul (@_@)

Kebanyakan pergaduhan berlaku bila sekian lama memendam rasa..
Bila duduk sebumbung, terasa hati menantu tak masak makanan kegemaranla..
Si menantu terasa hati mentua tak makan masakan dia la..
Mentua taste western... hari2 nak makan pasta, chicken chop... *hebat mentua zaman skang*
Menantu plak taste kampung je.. ari2 makan petai budu tempoyak..
Mana tak haru...

Mentua suka english deco style..
Menantu suka malay deco style je.. *mentua sape la ni high class bebenor*
So berbezalah pendapat..
Makan hati la menantu yang duk rumah mentua ni..
Ye la sebelum kawen dah imagine, planning bagai camner nak deko rumah nanti..
Last2 suami suruh duk rumah mentua..
Pelamin angan ku musnah jadinya...
Kesian......................................

So dalam duk memendam rasa..
Sikit2 lama2 jadi gunung berapi..
Bila dah tak tertahan lagi..
Gunung berapi pun meletus...
Bila dah meletus dan memuntahkan lava2 panasnyer..
Abis semuanya keluar.. sampai terjadi pergaduhan..
Bila bergaduh, adalah sangat susah untuk menjadi seperti dahulu..
"Prevention is better than cure".. fikir2kan...

Source: Pcik Google


3. Perempuan kurang gemar berkongsi

Sape cni suka berkongsi?
Kongsi kasih?
Kongsi dapur?

Pernah tak dengar orang cakap..
Walaupun tinggal serumah, sekurang2nya ada dapur yang berbeza..
Mungkin bagi lelaki.. "alah takkan sebab dapur je nak bergaduh?"
Yes... bagi lelaki apalah ada dengan dapur tu.. 
(Memang la tak de ape2 bagi dorang.. basuh pinggan sendiri pun tak reti)
Tapi tidak bagi perempuan ye..
Dapur ni nyawa tau x? *melainkan perempuan tu mmg jenis xsuke duk dapur aka mmg xbuat keje2 dapur apatah lagi nak masak.. nasib hang la kalau dapat isteri gtu..*
Sebab tu ada sesetengah perempuan tak suka orang kacau dia di dapur..
Salah letak pinggan kiri kanan pun mengamuk..
Sebab dapur adalah aset penting mereka..

Bayangkan jika duk rumah mentua..
Perempuan akan rasa itu bukan rumah mereka..
Mereka hanya menumpang..
Jadi nak buat itu kena fikir dulu..
Nak buat ini kena fikir..
Nak buat itu segan..
Nak buat ini segan..
Jadi dah tak gembira..
Sebab semua angan2 dan cita2 sebelum kawen tak kesampaian..
Balik rumah pun jadi tak happy..... 


4. Perempuan tidak suka orang lihat kehidupan mereka

Bagi kebanyakan perempuan..
Hidup mereka amat privasi..
Dan mereka tidak suka orang melihat kelemahan mereka..

Semua tahu kot betapa sensitif dan tak terjangkanya perangai perempuan..
Kejap gembira tiba2 sedih.. pastu mengamuk jadi The Hulk..
Tu memang sifat semula jadi perempuan..
Jadi bila tinggal dengan orang lain..
Mereka tidak dapat mengekpresikan perasaan sebenar mereka..
Maka itulah penyebab terjadinya pendaman rasa..
Pembangunan gunung berapi bermula..
Terjadilah ape yang berlaku pada nombor #2 tadi... *silalah baca balik kalau tak paham*

Perkara yang berkait dengan perasaan bukan perkara main2 ye wahai lelaki..
Bermula dengan perasaan la dia jatuh cinta dengan anda..
Melalui perasaan la berlakunya tekanan..
Kerana tekanan perasaanla manusia tidak sedar melakukan pembunuhan, bunuh diri dan sebagainya..
Oleh sebab itu.. hormatilah perasaan orang lain...


5. Sensitiviti

Perempuan sensitif!
Orang terlepas cakap pun terasa..
Suami terkasar sikit pun merajuk menangis..

Perempuan terlebih2 sensitif bila dengan orang yang dia sayang..
Betul tak tipu..
Sebab tu la dier kuat merajuk dengan suaminya..
*Bersyukurla suami ye isteri kuat merajuk dengan kamu.. naya kamu kalau dier kuat merajuk dengan orang lain jugak.. peratusan curang tinggi la maknanye kalau dengan lelaki lain pun dier merajuk.. AWAS!*

Dengan mentua?
Lagi cepat terase..
Betul tak isteri2?
Mentua salah cakap sikit je pun dah terase..
Kenapa ye?
Kalau mak sendiri cakap la ape pun.. takde nyer terase sangat..
Kenapa? Why?
Mungkin sebab perempuan merasakan mentua itu penilaian untuk mereka..
Nak nampak perfect je depan mentua..
Nak bagi mentua yakin yang mereka mampu jaga anak diorang..
*ye kot?*

Jadi kalau tinggal sebumbung dengan mentua..
Hati memang betul2 kena cekal dan tabah..
Tahap kesabaran mesti betul2 tinggi..
Yang mana tak ramai perempuan punya kekuatan sebegitu...

Source: Pcik Google


6. Perempuan mahu menguruskan kehidupan sendiri

Bila memasuki alam perkahwinan..
Perempuan merasakan mereka menjadi 'pengurus' rumah tangga mereka...
Sebelum kawen lagi..perempuan akan start fikir macam mana nak uruskan rumah tangga mereka..
Percayalah..
Mereka dah start fikir nak tinggal rumah yang macam mana..
Nak deko macam mana..
Bilik anak nanti macam mana pun mereka dah fikir dah..
Jauh ke depan kan pemikiran perempuan?

Jadi lepas kawen, alih2 kena tinggal menumpang di rumah mentua..
Kecewa tak? kecewa tak? kecewa tak?
Kecewa hokeiiiii!!!
Lebur satu persatu imaginasi....
Terbang di awangan..
Berderai menjadi debu debu halus.....................


7. Perempuan mahu orang melihat mereka bahagia, kehidupan yang perfect

Percayalah perempuan selagi boleh mahu orang lain lihat dia bahagia dengan kehidupannya..
Biar orang nampak dia dapat pasangan yang romantik, baik.. *walaupun hakikatnyer jauh berbeza*
Segala2nya indah..
Tak nak orang nampak kesusahan dalam rumah tangga mereka..
Especially pada keluarga mereka..
Ye la.. kang family nampak hidup susah.. family kesian & risau plak nanti..

Walaupun normal la awal2 perkahwinan hidup sempit..
Masalah kewangan, ikat perut.. ye la hidup tak stabil lagi..
Jadi kalau tinggal ngan mentua..
Takkan la nak bagitau kurang duit kan? 
Takkan nak bagitau.. "mak ayah, bulan ni kite kena ikat perut.. kami tak de duit".. sanggup??

Belum masuk bab gaduh..
Gaduh2 suami isteri ye.. gaduh manje gitteewww..
Normal la gaduh2 tikam lidah ni..
So bila ada orang lain.. 
Tak pepasal tiba2 tertunjuk pergaduhan.. perbalahan..
Tak best la kan?
Merajuk ngan suami tertunjuk muka merajuk kat mentua..
Mentua plak ingat kite tak suke dia...
Haru la haiiiiiii.... MAMPUSSS!


8. Perempuan perlukan 'privacy space' yang tinggi

Perempuan nak privasi dan kebebasan!
Betul tak tipu..
Nak bebas buat apa saja..
Bebas dating ngan suami..
Bebas masak apa2 je...
Bebas buat perangai giler..
Dan mahukan hak milik mutlak ke atas suami..

Bayangkan kalau tinggal di rumah mentua... atau mentua tinggal di rumah kita..
Nak kuar dating takkan xnak ajak mentua yg ade kat rumah tu kan?
Kena plak mentua xmemahami..
Dah dating bertiga berempat jadinye..
Dah x romantik sangat la datingnya... kalau dah tiap kali keluar bertiga berempat..

Tambah tak best bila dapat 'anak emak' kononnya..
Duk sebumbung dengan emaknya..
Balik keje terus duk bawah ketiak mak dia..
Ha hambik memang haru..
Duk terasa hati je la bini..
Kawin dengan dia tapi masa ngan dia kurang..
Masa ngan mak dia terlebih2..
Macam tak wujud plak..
Tak pasal cemburu.. rasa kena bersaing untuk dapatkan perhatian suami..
Pendam la perasaan.. akhirnya jadi balik seperti no #2..

Source: Pcik Google


------------------------------------------------------------------

Jadi dalam perkara ini...
Si suami dan mentua perlulah memahami...

Si suami perlulah faham kalau isteri tak nak tinggal bersama mentua..
Bukan sebab tak sayang mentua..
Sebab mereka sayang la mereka tak mahu masalah timbul di kemudian hari...
Iman kesabaran seorang perempuan hanya senipis tudung bawal bak kata orang..
Hati mereka ibarat tisu.. mudah cair, mudah koyak, mudah rosak..
Kalau memang nak jaga mak ayah..
Boleh tinggal berdekatan.. tapi rumah lain..
Duk satu kampung ke.. 
Duk bersebelahan pun xpe, asal rumah lain2... 
Melainkan memang dah terpaksa.. bincang la elok2 dengan isteri.. jangan memaksa..
Dan sentiasalah dengar luahan hati mereka... 

Mentua juga harus la faham..
Anda juga pernah berada di awal perkahwinan..
Jadi jangan lah paksa anak menantu tinggal bersama..
Beri kebebasan untuk mereka menentukan sendiri corak rumah tangga mereka..
Mesti anda mahu anak anda bahagia kan?
Jadi biarkan anak anda bahagia dengan corak yang akan mereka tentukan sendiri...

Mencegah itu lebih baik dari mengubati..
Semua pihak perlu saling memahami..
Cuba letakkan diri sendiri dalam situasi mereka..
Fahamilah kehendak orang lain..
Hormatilah privasi orang lain...

--------------------------------------------------------------------

Tapi masih ramai yang mampu hidup bahagia dengan mentua masing2..
Berkongsi rumah berkongsi suka duka..
Saya respek sangat pada wanita2 yang boleh tinggal bersama2 mentua..
Tanpa sebarang masalah.. dengan bahagianya..
Syabas untuk anda (^_^)

Apa2 pun..
Kita kena sayang keluarga mentua seperti mana kita sayang keluarga kita..
Kerna perkahwinan tu dengan seluruh ahli keluarga, bukan dengan satu individu sahaja..
Sentiasa mohon pada Ilahi agar dipelihara hubungan kekeluargaan kita..
Amiinn...

Source: Pcik Google

-----------------------------------------------------------------

Esok sekolah!
Mampus.. keje sekolah tak siap lagi!
Hwaaaaa!!

Bye2!
Salam..

*malasnya nak buat keje sekolah (T__T)*


www.tips-fb.com

2 comments:

  1. be the first to comment.. the 2nd list... bgtau direct... hahahhaa.... aku gitu! hahahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...