Dapat ni dari facebook. Haruslah share kan :). TQ pada tuan asal (xtau sape psl dah ramai org share)
=============================================
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
hifaz said : mencari yang boleh jadi imam..bukan saje imam sembahyang, juga imam dlm kehidupan ini
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
hifaz said: x suke yg suke meninggikan suara. garang itu perlu tapi biarlah teguran halus. xsuke yg suke guna perkataan tah ape2 wpun bkn dgn kite.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
hifaz said: xsuke org yg senang dipijak2 maruahnyer.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
hifaz said: oh xsuke sgt ngan org kedekut. say no to them! haha
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
hifaz said: suke tgk lelaki yg makan tunduk ^^
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
hifaz said: kl dlm gambar nyer penuh ngan pompuan lelaki semua, dah sah le sosial..huhu
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
hifaz said: nak yang family person! sy nak kawen ngan dia ngan keluarganya bkn dgn dirinya sahaja ^^
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
image source: pcik google
No comments:
Post a Comment