♥ ♥ ini geng mafia hifaz ♥ ♥

Showing posts with label hifaz_phat ~ tazkirah. Show all posts
Showing posts with label hifaz_phat ~ tazkirah. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

:: Kenapa Kita Suka Menyalahkan Orang Lain? ::

Salam...


Masa untuk muhasabah diri...


Kenapa kita suka menyalahkan orang lain bila sesuatu perkara berlaku?
Jawapannyer saya kira simple je.
Sebab kita adalah manusia.Yang penuh kekurangan.


Kalau masak tak sedap:
"Mak la ni tak bagi resepi, tak ajar betul2".
-Aku selalu buat ni. gagagaga


Kalau sakit hati ngan seseorang:
"Dia itu bla bla bla".
Kadang2 abis semua keluar.


Kenapa ye kita suke sangat salahkan orang lain?
Kenapa kita tak muhasabah diri..
Cari punca masalah tu..
Cari kekurangan diri yang membawa kepada masalah tersebut..
Kenapa kita tak cari????


Jangan salahkan "sebab kita manusia penuh kekurangan"..
Kerna Allah telah menganugerahkan kita Akal untuk berfikir..
Tapi disebabkan kita tak guna Akal yang bijak itu..
Tapi kita 'terguna' Nafsu yang jahat itu..


Tengok je la kl de ape2 isu yg keluar..
Yang menggemparkan negara misalnyer...
Berapa kerat je yang bagi komen yang membina?
Dan lihat la berapa puluh kerat yang bagi komen yang melampau teruk.
Dengan bahasa yang sangat kelat.
Pihak ni salahkan pihak tu..
Pihak sini salahkan pihak sane..
Takde pun nak merungkaikan permasalahan..
Malah menjadikan masalah menjadi bigger & worst.


Saya tertarik dengan penulisan satu blog ni..
Berhubung dengan kes seorang pelajar hilang dara..
Saya takde la tahu sangat pasal ni..
Tapi saya sangat bersetuju dengan gadisdanwanita.com..
Betulkah cara kita menegur seseorang?


Tegurlah dengan cara berhemah..
Bukan dengan kekerasan..
Dan jangan pula niat untuk menegur menjadi mengaibkan orang tersebut..


Lagi satu..
Bila isu perempuan vs lelaki timbul..
Kenapa akan jadi bahan yang sangat besar?
Lelaki salahkan perempuan..
Perempuan salahkan lelaki..
Sampai kadang kala pendapat yang keluar xmasuk akal?
Adakah akal yang bersalah
Atau nafsu yang bermaharajalela?










Anda faham ape yang saya ingin utarakan di atas?
Kadang2 kita terlalu suka menyalahkan orang lain hingga merapu2..
Ilmu dah lari ke mana.
Asalkan menang je.


**serius saye plik dengan pendapat lelaki pada komen2 di atas. sebab saya sependapat dengan perempuan ini, perempuan boleh mengimamkan makmum perempuan. itu yang saya belajar dari dulu. adakah kami berdua salah?


---------------------------------------------------------------


Aku bukan seorang yang pandai menegur orang.
Bukan juga seorang yang pandai menasihati orang.
Kl aku rase nasihat aku sia2.. bagai mencurah air ke daun keladi..
Baik aku blah n "Senyum, tak perlu kata apa-apa"


"Seseorang itu harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, 
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan 
cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."


p/s: sekadar muhasabah diri.... www.tips-fb.com

Friday, April 29, 2011

- Tak Laku? Tak Cantik?? -

Salam..

Korang pernah tak dengar kawan2 korang mengeluh pasal xde boifren?
Mesti pernah kan?
Sama ada kawan rapat ke..
Dengar orang2 di jalanan bercakap ke..
Kadang2 dengar camni ha lebih kurang:


  • "Aku tak cantik,...mestilah xde boifren..xde org nak kt aku..huhu"
  • "Kenapa orang lain cepat je dapat boifren, baru clash dah tukar boifren.."
  • "Abislah aku jadi andartu..xde orang nak. Umur dah 25 tahun  ni..Wuwuwu". **nasib baik aku baru 24. tu pun xsampai lagi. haha**
  • "Aku rasa aku mmg xkan kawen la. Memang xde sape nak kt aku. Semua lelaki dah ade boifren dah."


Ok malas dah nak list kan.
Sebab setiap orang pun ade rase kesunyian. Kesepian. Ingin disayangi.
Tipu la kl cakap x kan.
Aku pun same.

Tadi aku jumpe satu statement ang menyentuh hati..

‎"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya wlaupun hatinya.Kerna Allah terlalu mencintainya."

Tidak perlu gusar andai tiada teman lelaki.
Tidak perlu gusar andai tiada yang menemani.
Ingatlah..
Allah is always by our side.
Allah sudah merancang yang terbaik untuk kita.

~~Senyum dan ucaplah "Alhamdulillah"~~






www.tips-fb.com

Thursday, April 21, 2011

........PENCARIAN KAUM ADAM, PENANTIAN KAUM HAWA.........

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

Wallahu'alam................






----------------------------------------------------------------------------

sangat setuju..
memilih bukan bermakna berlagak.
bukan bermakna jual mahal.
perkahwinan adalah perkara yang sangat serius.
kita berkahwin bukan untuk sehari..
tetapi untuk selama2nyer..
pilihla seseorang kerana agama yang ada padanya..
nescaya kamu akan bahagia selama-lamanya..
Amiiinnn...

seringkali ditanya...
"mane ye nak cari pompuan baik zaman skarang.. semua perempuan kebanyakannyer tah ape2 je.."
"susah nak cari lelaki yg betul2 baik skang ni.. ramai yang hampeh je.."

jawapannyer ringkas saja..

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS andai diri tak sesuci SULAIMAN.
Mengapa mengimpikan teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Usah berharap teman sehebat Ibrahim sekiranya diri tak setabah SITI HAJAR dan SITI SARAH.
Jangan didamba kasih seistimewa SITI KHADIJAH bila diri tak sesempurna MUHAMMAD S.A.W...
Berhenti menginginkan wanita sebaik FATIMAH AZ-ZAHRA sewaktu peribadimu tak semulia SAYIDINA ALI.


cermin diri tanya peribadi..
perempuan baik untuk lelaki baik.
lelaki baik utk perempuan baik.
so, jadilah baik andai benar mendamba yang baik.

sekadar berkongsi & saling memperingati.. 
:)



www.tips-fb.com

- Antara Pegang Awek & Pegang Anjing -




LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)



sumber -  fan page TerrBBaaaaeeekkk


==============================


pernah de orang bagitau..
tipula kl couple xpegang tangan..
mestinyer pegang tangan..

hmm... 
what say u?

berdoa pada Allah agar dipelihara dari segala kejahatan dan maksiat..
Amiinnn..


p/s: untuk renungan & ingatan bersama.. yang mana boleh diperbaiki, kita baiki.. 



www.tips-fb.com

Wednesday, January 26, 2011

:: Apabila Hati Dan Akal Berbicara ::


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...


Cik Hifaz: sebak bace..... hmmm...
www.tips-fb.com

Wednesday, January 12, 2011

:: Petua Mencari Lelaki Yang Baik ::

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.

Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya. 

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.

Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.Begitu juga isteri yang baik.Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.


4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.

Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.


5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.

Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.


6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.

Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. 

Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cik Hifaz : Ya Allah jika dia benar untukku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku..jika dia bukan milikku..damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..





www.tips-fb.com

Monday, January 10, 2011

:: Haruskah Remove Nuffnang Ku Ini? ::

Salam..

Tadi duk blogwalking terbaca satu entry pasal hukum Nuffnang ni..
Boleh tengok cini:

ihsan pcik google

Dari dulu lagi sebenarnyer ade perasaan was-was dengan iklan2 begini.
Ape hukumnyer.
Camner dengan pengiklan tu.
Walaupun xde iklan alkohol semua tu.

Selepas membaca entry Cik Atikah di atas..
Untuk masa ini..
Cik Hifaz mengambil keputusan untuk remove Nuffnang.

Cik Hifaz juga telah menghantar soalan berhubung Nuffnang ini kepada seorang Ustaz.
Jadi tengah menunggu jawapan beliau.
Nanti kalau Ustaz dah jawab, Cik Hifaz share disini ye.
(^_^)

**entry ini just utk share sahaja. bukan untuk memberitahu korang supaya remove Nuffnang or ape2 iklan. kalau korang yakin, teruskan je :D **

Cik Hifaz: kalau korang de pendapat pasal ni.. boleh la share. Cik Hifaz nak tau. Time kaseh (^_^)
www.tips-fb.com

Saturday, January 8, 2011

:: Cinta Nobita & Sizuka ::

Di suatu malam depan panggung wayang…




Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..




Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

note: tQ to Alya bagi izin utk share :)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada istilah couple sebelum kahwin dalam Islam.
Semua pun tahu hakikat itu.
Tapi untuk menghalang dari jatuh cinta amatlah sukar.
Begitu juga bagi diri Cik Hifaz.
Tapi bersama2 lah kita menjaga batasan pergaulan.
Amiinnn...

Cik Hifaz: masih belum terbuka pintu hati.
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...