♥ ♥ ini geng mafia hifaz ♥ ♥

Tuesday, June 19, 2012

:: Resepi Sos Yong Tau Fu ::

Salam...

Atas permintaan ramai (ecece), dengan ini saya dengan rendah diri (mmg diriku rendah sekali)..
Ingin berkongsi resepi sos Yong Tau Fu..
Resepi ni sy ambik dari blog masakan yang paling sy suke, Kak Hana..
Tapi diubah sikit mengikut suka ati sendiri..haha

Resepi Sos Yong Tau Fu

yong tau fu yg simple..gmbr pun xbrp ok... boleh la kan...hoho


Bahan2:

1. Cili kering (kl nak buat sikit, 10 tangkai cukup. Kl nk buat byk, blh lebihkan. **sy guna lebih dr 20 tangkai..haha)

2. Belacan (Kak Hana cakap 3cm. Sy buat sesuke ati..haha)

3. Nise atau gula melaka (sesedap rasa. boleh tambah gula jugak)

4. Garam

5. Air

6. Tepung jagung (untuk pekatkan sos)

7. Kicap (untuk hitamkan sos)

8. Kacang tumbuk atau bijan (ditabur)

9. Petis udang aka otak udang (optional. sy xletak. takut jd bodoh.. haha.. org yg berpengalaman ckp kl letak petis ni, bau lebih sedap spt yg dijual di pasar malam.)

Cara2:

1. Rebus cili kering. Toskan.

2. Blend cili kering dan sedikit air.

3. Masukkan belacan, cili yang telah dikisar, air dan gula melaka ke dalam periuk. Didihkan.

4. Masukkan gula melaka, gula (jika perlu) dan garam sehingga mendidih.

5. Masukkan tepung jagung dan kicap. Siap.

6. Sedia dimakan bersama seafood. Taburkan bijan atau kacang tumbuk.

Selesai sudah! Anak2 pasti berselera spt anak2 buah ku yang makan berpinggan2 wpun sos yg mciknyer bbuat pedas. haha. Maaf ye anak2, salah cili kering tu yg pedas, bukan salah Achik Jah. haha.

Bye. Sehingga ketemu lagi di lain rancangan. Adios! (^___^)v

www.tips-fb.com

4 comments:

  1. menuju ke alam perkahwinan, rajin memasak bakal pengantin nih ,,, kekekeke..

    ReplyDelete
  2. As Salam... Terima kasih share resepi ni, minta resepi ye... Wasalam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...