♥ ♥ ini geng mafia hifaz ♥ ♥

Wednesday, February 10, 2010

Kenapakah menulis paper untuk research tidak semudah dan sebahagia menulis entry untuk blog?

"Uwekk!!! uwekkk!!! uwekkkk!!!!"

"Hah? Kenapa? Angkara siapa?"

Seringkali itulah ungkapan yang sering diutarakan apabila terdengar seorang wanita (boleh jadi juga gadis, janda, isteri orang atau nenek) muntah.
Juga apabila seorang wanita menulis ungkapan 'uwekk!!! uwekk!! uwekk!!' tersebut di dalam sistem pesanan ringkas (sms) atau di status 'mukabuku' (facebook).
Ungkapan ini boleh jadi diutarakan dengan serius atau hanya bertujuan ingin bergurau senda.
Saya sudah lali dengan situasi sebegini.

Tetapi di sini saya tidaklah ingin mengulas tentang muntah akibat mengandung.
Juga bukan tentang tips menjaga isteri mengandung.
Walma tips mendapat anak sekali pun.

Tidak. Bukan itu tujuan saya menulis entry ini.

Apa yang saya maksudkan dengan 'uwekk!!! uwekk!! uwekk!!' di sini
adalah berkenaan muntah akibat kebosanan menulis paper.
Juga muntah akibat membaca paper atau jurnal atau apa saja yang ada kaitan dengan AKADEMIK.

Untuk tidak membuang masa kerana saya pun sudah hampir terputus bekalan;
bukan bekalan elektrik,
bukan juga bekalan makanan,
tapi bekalan berjaga malam.
Ini kerana saya khuatir saya akan 'blackout' atau dalam istilah mudahnya 'tertidur' di kala sedang menulis.
Bagi memastikan saya berjaya menyiapkan entry ini sebelum tertidur,
izinkan saya meringkaskan karangan saya ini.

Tujuan utama saya adalah untuk menyenaraikan beberapa sebab kenapa
'menulis paper untuk research tidak semudah dan sebahagia menulis entry untuk blog'.
Di bawah disenaraikan beberapa sebab bagi menjawab persoalan di atas:

1. Menulis blog tidak mewajibkan pencarian maklumat. Penulis blog tidak perlu mencari maklumat jika ingin menulis entry bertajuk 'aiyak...aku terpaksa ponteng kelas arini!' sedangkan penulis paper perlu mencari dan menyelongkar segenap 'google scholar', 'scopus', 'IEEE' hanya untuk menulis paper bertajuk 'kenapa pelajar suka ponteng kelas?'.

2. Menulis blog tidak semestinya memerlukan pembacaan. Seorang penulis blog tidak perlu membaca buku 'Natural Language Processing' untuk menulis entry bertajuk 'kenapa aku tak faham bahasa kawan aku?'. Tetapi seorang penulis paper perlu membaca beberapa paper atau jurnal hanya untuk menghasilkan satu ayat dalam papernya walaupun hanya ingin menyatakan bahawa 'seorang kawan berkemungkinan tidak dapat memahami bahasa kawannya'.

3. Penulis blog boleh menggunakan bahasa pasar seperti "wei... ko gi sekolah nek bus ek!!." sedangkan penulis paper tidak dibenarkan menggunakan bahasa pasar tetapi dibolehkan untuk mencari kesalahan bahasa di dalam ayat bahasa pasar untuk dimuatkan di dalam paper tersebut.

4. Penulis blog boleh menambah gambar, emoticon, video atau apa sahaja di dalam entry blog. Gambar, emoticon, video ini kadang kala dapat membahagiakan penulis blog. Tetapi perasaan gembira seperti ini jarang dikecapi oleh penulis paper kerana penulis paper hanya dapat menambah gambar, atau lebih tepat gambar rajah seperti graf, system architecture atau persamaan matematik. Membosankan.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Contoh emoticon yang boleh digunakan. Menarik bukan?

5. Penulis blog tidak perlu menyenaraikan references untuk menulis entry sedangkan penulis paper perlu menyenaraikan berpuluh references hanya untuk paper berkenaan dengan 'writing'. References ini perlu disusun mengikut kriteria yang dibenarkan. Betapa susah dan menyusahkan.

Daripada beberapa sebab yang disenaraikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan manusia akan memilih untuk menulis blog daripada menulis paper. Melainkan manusia tersebut mempunyai jati diri yang kental dan tabah. Tetapi haruslah saya akui di sini bahawa saya bukan seorang manusia yang kental dan tabah. Jadi tidak hairanlah saya rasa dah nak muntah membaca dan menulis paper. Anda bagaimana?

Oleh kerana masa dan mata tidak mengizinkan saya untuk mengarang dan berceloteh lebih lama, izinkan saya mengundurkan diri. Sekian saja dari saya, pelajar lepasan universiti yang terasa seperti ingin kembali ke sekolah untuk mempelajari teknik menulis karangan Bahasa Malaysia sekali lagi. Saya juga ingin memohon maaf kepada bekas-bekas guru Bahasa Malaysia saya dan guru-guru Bahasa Malaysia sekarang di atas segala kesalahan tatabahasa dan kesalahan kosa kata yang tidak disengajakan atau mungkin disengajakan.

Terima kasih.

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

hifazfoot: wow amazing awesome!!! aku berjaya tls entry seskema ni... entry ini sedikit skema kerana tajuknya berkenaan paper untuk research..harap maklum... saya msh lagi seorg yg giler..xskema lgsg..so dun worry b hepi..peace!!!

www.tips-fb.com

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...