♥ ♥ ini geng mafia hifaz ♥ ♥

Saturday, January 8, 2011

:: Surat Untuk Penjual Nasi ::

Cik Hifaz,
Blok Paling 'Panas aka Keras' Kat Kolej,
Kolej Paling Kontroversi,
Universiti Banyak Monyet,
Negeri Yang Sudah Lebih 5 Tahun Cik Hifaz Bermastautin.

8 Januari 2011.

Dear akak penjual nasi yang belum pernah Cik Hifaz beli,


Aduan Berkenaan Ketukan Pintu Bilik

Sudilah kiranya akak penjual nasi mendengar luahan hati Cik Hifaz yang suka makan nasi ini. Adapun Cik Hifaz hanyalah mahu memberikan sedikit aduan kepada akak penjual nasi.

Akak, saya sokong dan hormat dengan pekerjaan akak. Sangatlah bagus kehadiran akak di kolej kami yang sudah kekurangan makanan akibat kekurangan kedai makan di kafe yang suram tidak semeriah dahulu ini. 

Tetapi amatlah saya kurang menyenangi perbuatan akak yang suka mengetuk pintu bilik. Oh, saya bukan tak suka akak ketuk pintu bilik. Tetapi ketukan akak itu yang menjadi masalah. Untuk pengetahuan akak, ketukan akak itu sangat kuat dan nyaring. Setiap kali akak mengetuk pintu, jantung saya ini selalu sahaja terkejut. Saya dapat merasakan akak mengetuk pintu menggunakan duit syiling yang menyebabkan bunyinya sangatlah mengejutkan orang. Bukan saya sahaja, malah teman-teman saya juga berkata sedemikian. Ketukan makcik penjual kerepek tidak pernah menjadi masalah kepada kami kerana makcik kerepek mengetuk pintu dengan perlahan sahaja tanpa mengejutkan jantung kami.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya terpaksa mengundur diri dahulu. Kerjasama dari akak amatlah saya (mungkin kami) hargai. 

Terima kasih.

Yang benar,
Cik Hifaz
sumber: pcik Google
www.tips-fb.com

8 comments:

  1. hahaha..betol dowh..aku sgt setuju..tgh tido pon bley bgun sbb skit jntung dgr die ketuk..

    ReplyDelete
  2. ade certain makcik yang ketuk kuat gile.
    ade pulak jenis yang tak hormat.
    macam macam hal kan.

    ReplyDelete
  3. hehe..yelaa
    sape yg tak hangin kalau ketuk pintu kuat2

    ReplyDelete
  4. haha..gngguan tul kan..lagi2 ngah syok tdo..mmg menyirap jer..

    ReplyDelete
  5. @wiyah: hahaha.. lemah jantung kite sebab dier je -__-"

    ReplyDelete
  6. @little ain: biase la dear. manusia macam2 ragam :D

    ReplyDelete
  7. @anisa @niesz @azryNain : tau xpe..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...