♥ ♥ ini geng mafia hifaz ♥ ♥

Monday, December 13, 2010

:: Permata Yang Dicari ::

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

S.I.N.G.L.E

I am single. Available.
Apa lagi nak dikata?
For me.. single or
taken tak de beza nyer.
Yang berbeza single or married.
That much meaningful.


How single life is?
Great!
Thats all.
Buat keje sendiri.
Jaga hati sendiri.
Bebas ke mana saja tanpa perlu jaga hati sesapa.
Cuma jaga maruah diri & keluarga.

Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah rasa sunyi.
Tak pernah jeles tengok member2 ada org yang take care.
Tipu ok kl xde perasaan gtu.

Cinta hati dan perasaan tidak boleh dipaksa.
Tidak usah menerima cinta jika anda tidak ikhlas untuk menerimanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai muslimah..sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah..sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah..Perhatikan wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang.Apabila musim berbuah berkunjung tiba, akan tumbuh buah- buah ranum.Merah dan gebu.Manis sekali.Jadi pada ketika ini banayak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk merasa, memetiknya dengan rakus.Kesemuanya berebut- rebut untuk memetik untuk merasa kemanisan epal- epal yang merah masak.

Epal- epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.Tanpa perlu bersusah payah untuk dipetik.Tatkala epal ini jatuh ke tanah,tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan dimamah dengan serakusnya.Ada dikalangan epal ini, yang jatuhnya tidak dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih,lalu dibiarkan ia membusuk di tanah,sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri.Bagi tangan-tangan yang bersih ini,epal yang baik dan berkualiti,letaknya bukan ditanah,digumpali dengan kotoran dan sampah.Hilang sudah tarikan warnanya, serta kemanisan buahnya.Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?

Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.Merah dan menggebu.Sukar untuk dilihat kerana letaknya disebalik daun-daun sebagai perlindungan.Tangkainya juga tinggi,susah untuk digapai.Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi mereka.Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.Namun dia yakin,bahawa janji Allah itu pasti.Jadi, ia akan kekal dimana tempatnya berada.

Hanya tangan yang bertuah,akan berusaha mencari dan mendapatkannya.Tidak boleh direntap begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka.Agar bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung..merah..segar..dan ranum..Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ye.
Saya pernah memendam rasa.
Sangat suka tapi tak bisa meluahkan dengan kata2.
Saya pernah bercinta.
Tapi tidak kemana.
Mungkin belum masanya.

Cinta akan hadir dengan sendiri tanpa perlu di cari.

Ya Allah jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..



kehilangan seorang sahabat lebih menyakitkan daripada kehilangan seorang kekasih tak halal



www.tips-fb.com

8 comments:

  1. intan setuju semua intisari intisari entry ni!
    yeah..
    single life is great kannn!
    sepp sket,tuan blog.. ;)

    ReplyDelete
  2. time kaseh intan.
    sepp jugak!

    p/s: jgn segan utk follow if u think entry kt blog ni best..ecehhh

    ReplyDelete
  3. Awk, best entri ni! :)
    nak copy ayat ni boleh tak?

    "Cinta hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Tak usah menerima cinta jika anda tidak ikhlas menerimanya"

    ReplyDelete
  4. nexx: hehe... ko mesti dah sokong aku.. xsokong siap!..haha

    ReplyDelete
  5. mizdiela : ha, ambik2.. jgn lupe follow ye..ekeke :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...